Hari ni nak share resepi carrot cake yang sedap dan mudah untuk di buat. Berdasarkan dari pengalamn, lelaki memang suka carrot cake ni. Papa saya suka, suami suka, anak-anak buah pun ada yang gila dengan kek ni..tak sure la apa sebabnya. Mungkin sebab ada rasa rempah dalam kek ni agaknya. Bau yang lebih maskulin..berbeza dengan kek vanilla or cchocolate kan rasanya sweet sweet jer. Saya pun suka carrot cake ni...sebabnya kek ni tengok luar memang tak menarik. Plain je rupa. Tapi rasa dalam dia.. MasyaAllah punyalah berperisa...rasa manis masam dan berempah semua cukup.
Pertama kali buat kek ni saya belajar dari mak saya. Tup tup bila tengok dia buat.. laaa..senang yang amat nak buatnyer. Pejam mata pon boleh..*ahaks*..
Peralatan pun senang sangat tak perlu mixer tak perlu blender tak perlu food processor.
Bahan-bahan pun tak renyah. Boleh di katakan kat rumah ni memang sentiasa ada stok bahan-bahan untuk buat kek ni..
Ateeerr teman pon apa lagi bertambah-tambah la jatuh hati dengan kek ni...
Jom tengok bahan-bahannya
Bahan-bahan:
1 1/2 cup gula
1 cup minyak sayur
3 biji telur
1 tsp Vanilla extract
2 cup tepung gandum (diayak)
2 tsp serbuk kulit kayu manis
1 tsp baking powder
1/2 garam
2 cup lobak (disagat/parut)
1/2 cup kismis/kurma/nenas (ikut selera) ~dicincang halus
Cara-cara
1) Panaskan oven 170 darjah. Sapu permukaan dalam loyang dengan mentega atau lemak sayur
2) Sagat lobak dan cincang kismis
2) Kemudian dalam mixing bowl besar masukkan gula, minyak, telur dan vanila.
3) Dalam bekas asing, gaul sebati tepung,serbuk kulit kayu manis, baking powder dan garam
4) Masukkan adunan tepung ke dalam mixing bowl. Gaul.sehingga.sebati.SAHAJA
5) Masukkan lobak dan kismis. Gaul sehingga sebati
6) Tuang dalam loyang bulat 8inci
9) Bakar pada suhu 170 darjah selama 40 minit atau sehingga masak
Tips 1 *** lepas masuk tepung jagan kacau terlalu lama. Nanti tekstur kek jadi liat macam roti***
Kalau tak percaya boleh cuba buat..
Ni cakap berdasarkan pengalaman... (-_-!)
Tips 2 ***kalau pakai loyang berlainan dari arahan di atas, please be aware that your baking time will also change yerrr..sebab ketebalan dah berubah. Lagi tebal adunan lagi makan masa nak bake**
Biasa kalau buat untuk jamu tetamu, saya guna loyang patsegi yang biasa orang buat kuih seri muka atau kuih talam tu.Nanti boleh potong patsegi bite size supaya senang orang nak makan..tak yah terkial-kial diaorang nak pikior cam mana nk potong kek ni..huhu
Tips 3 ***Kerak di tepi-tepi tu kita potong buang..buang masuk dalam mulut sendiri..aummm....tak tahan ok bau kulit kayu manis tu yang maskulin menggoda rongga hidung ni...**
Jennnggg..
Kek dalam gambar di atas tu saya buat untuk Takoyaki Party rumah kak Shytah. Saya siram atas kek tu dengan butterscotch sauce tapi lepas tu dia membeku sebab cuaca sejuk dalam rumah..huhu..letak kek tu dalam bekas bertutup dan wrap dengan furoshiki.. kain patsegi multifungsi...
off we go ...
Haaa...Senang kan..sape kata tak de mixer tak boleh buat kek???
Ni hah...kek ni tak perlukan mixer, tak perlu food processor atau blender ..
Hanya perlukan kerajinan jer...
~~~Allah Bless you~~~
No comments:
Post a Comment