AGAMA

Sahih al-Bukhari
Hadis 1 : Revelation

عَنْ عَلْقَمَةَ بْنَ وَقَّاصٍ اللَّيْثِىَّ يَقُولُ سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ - رضى الله عنه - عَلَى الْمِنْبَرِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - يَقُولُ « إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى ، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Dari ‘Alqamah bin Waqqash Al-Laitsi bahwa ia berkata, “Aku mendengar Umar bin Khattab RA berkata di atas mimbar, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Semua amal perbuatan tergantung kepada niatnya dan setiap orang akan mendapatkan sesuai dengan yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ia cari atau wanita yang ingin ia nikahi, maka hijrahnya untuk apa yang ia tuju”

Hadis di atas adalah hadis ke-1 dalam Shahih Bukhari (صحيح البخارى), di bawah Kitab Bad’il Wahyi (كتاب بدء الوحى) (Permulaan Turunnya Wahyu), Bab Cara Permulaan Turunnya Wahyu Kepada Rasulullah (باب كَيْفَ كَانَ بَدْءُ الْوَحْىِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ).

عَلَى الْمِنْبَرِ : Yakni mimbar masjid Nabawi, Madinah


إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ

إِنَّمَا adalah adatul-Hashr (untuk membatasi), yakni menetapkan sesuatu yang disebut setelahnya dan menafikan sesuatu yang tidak disebut. Dengan demikian, hadis ini menunjukkan bahwa tidak ada amal perbuatan yang sah atau sempurna hukumnya kecuali berdasarkan niat.

بِالنِّيَّاتِ : Huruf ba’ menunjukkan erti mushahabah (menyertai) dan ada juga yang mengertikan sababiyah (menunjukkan sebab). Niyyaat adalah bentuk jama’ dari kata niyat. Secara etimologi bermakna ‘kehendak’ dan secara terminologi bermakna ‘kehendak yang disusuli dengan perbuatan nyata’.

Para ahli fikih berselisih pendapat untuk menentukan apakah niat itu termasuk rukun atau syarat? Dalam hal ini pendapat yang paling kuat adalah, bahawa niat di awal pekerjaan adalah rukun, sedangkan menyertakannya dalam pekerjaan adalah syarat.


وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى

امْرِئٍ : Manusia, baik lelaki mahupun perempuan
Jika kalimah pertama di atas menunjukkan apa saja yang termasuk amal, maka kalimah kedua ini menunjukkan akibat atau kesan daripada amal itu. Kalimah pertama menjelaskan bahawa perbuatan itu harus disertai dengan niat, kalimah kedua ini menegaskan bahawa seseorang tidak mendapatkan dari perbuatannya kecuali apa yang ia niatkan.


فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Dalam hadis ini tidak terdapat kalimah فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ sebagaimana hadis-hadis lain yang lebih popular dan lebh banyak dihafal oleh umat Islam. Ini dimungkinkan kerana riwayat Humaidi sampai kepada Imam Bukhari seperti lafaz hadis di atas. Imam Al-Karmani berkata: “Hadis ini terkadang diriwayatkan secara lengkap dan terkadang tidak, hal itu disebabkan perawi yang meriwayatkannya juga berbeza. Memang setiap perawi telah meriwayatkan hadis sesuai dengan apa yang dia dengar tanpa ada yang dihilangkan, sedangkan Bukhari menulis riawayt hadis ini sesuai dengan judul yang dibicarakan.”

Memang prinsip Imam Bukhari dalam menulis hadis yang mana beliau tidak menulis satu hadis yang berbeza periwayatannya dalam satu tempat. Apabila ada hadis yang mempunyai sanad lebih dari satu, maka beliau menulisnya pada tempat yang berbeza pula, dan tidak pernah beliau menulis hadis dengan menghilangkan sebahagiannya, sedang pada tempat yang lain beliau menulis secara lengkap. Juga tidak dijumpai satu hadis pun dengan sanad dan matan yang sama dan lengkap ditulis pada beberapa tempat, kecuali sebahagian kecil saja, yakni lebih kurang dua puluh tempat.

هِجْرَتُهُ : Hijrah secara etimologi bermakna ‘meninggalkan’ dan secara terminologi bermakna ‘meninggalkan negeri kafir ke negeri Islam untuk menghindari hal-hal yang buruk.’ Adapun yang dimaksud dengan hijrah dalam hadis ini adalah perpindahan dari kota Makkah dan kota-kota lain ke kota Madinah, sebelum fathu Makkah.

هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا : Untuk mendapatkan keuntungan duniawi
Kata dunya berasal dari Ad-dunuw yang bererti dekat. Dinamakan demikian kerana dunia lebih dahulu daripada akhirat atau kerana dunia sangat dekat dengan kehancuran/kebinasaan.

إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا : Untuk mendapatkan wanita yang akan dinikahi
Disebutkannya kata wanita secara khusus setelah kata umum (dunia) adalah untuk menekankan bahawa bahaya dan fitnah yang ditimbulkan oleh wanita sangat besar. Ini juga berkaitan dengan sababul wurud hadis ini. Imam At-Thabrani meriwayatkan dalam Al-Mu’jam Al-Kabir dengan sanad yang dipercaya, bahawa Ibnu Mas’ud berkata: “Diantara kami ada seorang lelaki yang melamar seorang wanita bernama Ummu Qais. Namun, wanita itu menolak sehingga ia berhijrah ke Madinah. Maka lelaki tersebut turut berhijrah dan menikahinya. Kerana itu kami memberinya jolokan Muhajir Ummu Qais.”

فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ : Maka hijrahnya sesuai dengan apa yang ia tuju
Seseorang yang melakukan amal ibadah tetapi niatnya bukan kerana Allah, tetapi ingin mendapatkan dunia atau wanita maka ia tidak mendapat pahala daripada Allah. Inilah yang termasuk syirik asghar. Namun dalam konteks hijrah pada hadis ini, jika diniatkan menjauhi kekufuran dan menikahi wanita, hijrahnya kurang sempurna dibandingkan dengan orang yang berhijrah dengan niat yang tulus. Meskipun, niat menikahi wanita –baik hijrah atau tidak- akan mendapatkan pahala jika pernikahannya untuk mendekatkan diri kepada Allah, kerana pernikahan adalah anjuran agama Islam.

Hal ini seperti peristiwa pengIslaman Thalhah, sebagaimana diriwayatkan oleh Nasa’i dan Anas, beliau berkata, “Abu Thalhah telah menikahi Ummu Sulaim dengan mahar masuk Islam, kerana Ummu Sulaim telah masuk Islam terlebih dahulu daripada pada Abu Thalhah. Maka ketika melamarnya, Ummu Sulaim berkata, “Aku sudah masuk Islam, seandainya kamu masuk Islam, maka aku bersedia dinikahi.” Lalu Abu Thalhah masuk Islam dan menikahi Ummu Sulaim.

Imam Ghazali menggariskan bahawa apabila keinginan untuk memperoleh dunia lebih besar dari pada keinginannya untuk mendekatkan diri kepada Allah, maka orang itu tidak mendapatkan pahala, begitu pula apabila terjadi keseimbangan antara keduanya, dia tetap tidak mendapat pahala. Akan tetapi apabila seseorang berniat untuk ibadah dan mencampurnyakan dengan keinginan selain ibadah yang dapat mengurangi keikhlasan, maka Abu Ja’far bin Jarir Ath-Thabari telah menukil perkataan ulama salaf, bahawa yang harus menjadi tolak ukur adalah niat awal, apabila ia memulai dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah, maka perubahan niat tidak menggugurkan pahalanya.

Wallaahu a’lam bish shawab.

No comments:

Post a Comment