MENGENAI KAMI

Selamat Datang ke Hanania Haninda Aulia, jurnal dalam talian keluarga saya.

Mengenai Kami....
Serba sedikit mengenai diri kami. Kami suami isteri berasal daripada Taiping, Perak dan bermastautin di Ayer Keroh, Melaka. Kami adalah sebaya dan alhamdulillah mendirikan rumah tangga pada Mei 2012. Pada masa ini kami menetap di Ehime, Jepun kerana suami sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah.

Tujuan jurnal dalam talian ini diwujudkan adalah untuk merekodkan segala penceritaan kehidupan suka duka kami supaya tidak hilang dari ingatan dan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman, pengetahuan, pedoman dan lain-lain yang boleh membawa manfaat dan kebaikan kepada semua. Sesungguhnya, platfom sebegini jika dinikmati dengan cara yang luhur, insyaAllah akan memberi banyak manfaat di samping mendapat keredhaan dan rahmat Allah SWT.

Kami juga amat berharap para pengikut setia jurnal ini dapat sama-sama berkolaborasi secara santai mahupun ilmiah di sini. Semoga suatu hari nanti, apa yang dikongsi di dalam jurnal ini dapat memberi kesan dan impak yang baik bukan sahaja kepada kita malah kepada generasi-generasi seterusnya.

Semoga Allah SWT menilai niat dan coretan kita dengan keredhaNya yang tinggi dan diberi husnul qhatimah. InsyaAllah.

Selamat melayari jurnal Hanania Haninda Aulia....

19 Jun 2013

No comments: