Bulan Disember tahun lepas dok tengok jer orang-orang Jepun ni dok kalut bagi hadiah sana sini. Tahun ni tepat pada bulan yg sama, bulan disember, perkara yang sama jadi. Bezanya tahun ni saya turut terima hadiah. . Apa motif hadiah ni tak dapat dipastikan. Apa yang pastinya memang ada perasaan segan. Sebab apa...sebabnya orang bagi hadiah kat kita tapi kita tak bersedia apa pun untuk balas hadiah orang pada masa tu..
Apa-apa pun rasa happy & excited jugak kan bila dah dapat hadiah ni. Bila nak bukak bungkusan tu lain macam jer feeling. Seriously speaking, seumur hidup boleh kira la berapa kali jer dapat hadiah yang bungkus dengan fancy wrapper ni. Eh, ka tak pernah dapat pun.....*siannyer*.. (T_T)
Hadiah dari cikgu. Coklat ala-ala Crunchie..sedap sangat sebab lama dah tak makan crunchie..bungkusan pun nampak menarik. Kalau perasan orang Jepun bungkus hadiah lain macam sikit. tak nampak pun lipatan 3 segi kat tepi tu. Semuanya selari dengan keempat-empat bucu kan...
Hadiah dari Akemi san. Isi dalam adalah purse istimewa. Purse ni di pakai semasa pakai kimono. Bila pakai kimono perlukan purse khas yang nipis supaya boleh disemat di celahan lipatan kimono tanpa kelihatan bonjolan pelik...menarik...Saya memang tak pakai kimono. tapi tak pa. Purse tu boleh pakai untuk simpan kupon diskaun atau voucher..jaaannnggg...(>w<)
Tanya kat Akemi san tu apa motif hadiah ni...
orang bagi hadiah pun sibuk nak tau motifkan.....(~-~)....
Katanya sempena Krismas.
Walaupun Akemi san bukan Christian tapi tulah caranya di sini. Orang Jepun sambut Krismas antara pasangan kekasih dan kawan-kawan bukan sesama famili. Krismas di Jepun terlalu komersil. Bukan perayaan berunsurkan spiritual seperti di Malaysia. Tiada istilah di awal pagi 25hb tu pergi gereja dengar `khutbah` dan berkumpul sama saudara mara sepanjang hari.
Kat sini malam Christmas eve tu pasangan kekasih akan meraikan dengan hidangan tradisi iaitu sebiji kek dan minuman alkohol. Lepas tu diaorg akan bertukar-tukar hadiah. Pada 25hb tu masing-masing menjalani kehidupan seperti sedia kala... yang sekolah akan ke sekolah yang kerja akan bekerja. Tiada sebarang acara istimewa...dan bukan juga cuti umum..oh kasihan...
Tapi bagi surirumah seperti saya ni cuti atau tak memang tak de kesan..hari-hari adalah hari `bekerja` bagi saya...
Alhamdulillah
God bless you
&
Wishing all Christians A Merry Christmas...
No comments:
Post a Comment