Assalamualaikum wrt. wbt.
Lama saya tidak mengemaskini jurnal ini. Kesibukan di lab sepanjang minggu lalu sedikit sebanyak menyekat pergerakan saya untuk berkongsi cerita dengan rakan-rakan. Sebenarnya banyak juga aktiviti yang saya dan isteri lalui dari hari Ahad minggu lepas sehingga semalam.
Pada hari Isnin yang lalu, kami mengadakan jamuan house warming dengan menjemput kohai (junior) pelajar Malaysia makan di teratak kami. Niat di hati ingin membuat jamuan seawal yang mungkin setelah ketibaan kami di Ehime ini tetapi masa yang sesuai tidak dijumpai. Takdir Allah SWT, jamuan tersebut sama dengan tarikh hari jadi saya..alhamdulillah. Kiranya, sambil menyelam minum air..hehe. Menu pada hari tersebut adalah ala-ala Timur campur Barat; olio spaghetti, tandoori chicken, bergedel, baked potato, keropok ubi kayu, salad, donuts dan vanilla banana pudding. Alhamdulillah yang hadir dalam 12 orang dan makanan habis licin.
Setelah semua tetamu pulang, isteri tersayang pula membuat kejutan. Sepotong kek hari jadi telah disediakan untuk suami tersayang.. ;)
Kemudian seperti biasa hari Rabu dan Jumaat, isteri menyediakan Bento Rabu dan Benro Jumaat kepada Muslim di sini yang memesan untuk hidangan tengah hari mereka. Alhamdulillah, sambutan setiap minggu amat menggalakkan. Terima kasih semua..hehe
Sebenarnya, hari Ahad lepas adalah hari yang agak bersejarah bagi saya. Ucap Alhamdulillah dulu..hehe. Buat pertama kalinya, sebuah akhbar terkenal di Jepun, Yomiuri Shinbum telah mengeluarkan laporan berkenaan saya dan juga lab. Wartawan Yomiuri telah menemu ramah sensei (supervisor) saya, saya dan seorang lagi pelajar kedoktoran pada 18 Jun lalu di Ehime University. Temu ramah dan laporan berkenaan berkisar mengenai bidang penyelidikan di lab tersebut dan bidang penyelidikan saya sendiri. Sebenarnya, bidang penyelidikan di lab saya amat ninki (popular) kerana Prof Shinfuku Nomura, sensei saya adalah orang yang berjaya menghasilkan plasma di dalam cecair di dunia.
Plasma secara ringkas adalah keadaan selepas keadaan gas. Kita telah mempelajari semasa Tingkatan 5 di mana, hanya 3 keadaan sahaja yang wujud iaitu, pepejal, cecair dan gas. Plasma adalah keadaan yang ke-4. Temu ramah dijalankan dalam dwi-bahasa; Jepun dan English. Peristiwa ini sudah tentu amat menggembirakan saya dan isteri dan ini juga adalah salah satu cabaran untuk saya supaya lebih bekerja keras untuk menimba ilmu di lab ini, menyampaikan ilmu dan membuktikan sesuatu yang terbaik untuk sensei dan kepada semua. InsyaAllah dengan berkat doa ibu bapa, isteri dan keluarga..saya akan berusaha sebaik mungkin di sini. Mohon rakan-rakan yang membaca Hanania Haninda Aulia doakan kejayaan saya ini.
Semoga ilmu dan teknologi yang dipelajari di sini dapat dibawa pulang ke Malaysia dan disampaikan kepada seluruh manusia untuk kebaikan semua.
Jazakallahu